SHN Face[Story]
AboutLinksStuffSHN Story

Thursday 23 August 2012 | 12:35 | 0 Atasinchi



“Qis bangunnn !!!!! warden dah jerit tuh..jom pergi jemaah subuh”jerit  salah seorang dormates aku. “argghhhhh..sebentar nak pergi ambil wuduk”.itulah kehidupan aku dekat asrama .Setiap pagi pergi jemaah subuh, selalu kena tempik ngan warden,masa padat, banyak aktiviti..tu la kehidupan sebagai “BUDAK ASRAMA”..
    Sedang leka aku berbual dengan kawan baik aku Wani waktu nak ke kelas , aku terpandang  jejaka idaman batch . “ Qis ! Qis ! Arshad la..Ya Allah hensem nya.. tapi rugi la..dia tak layan perempuan..”Wani bersuara..

”apa yang hensem nya dekat Si Arsyad tu..Sampai semua orang nak admirer dia..”
“Eleh..!! Awak admirer dia juga kan..?  “
“Mana ada .. buat apa nak admirer orang sombong macam tu..” dalih aku..
“tak perlu cover la awak.. saya tahu..sayakan kawan baik awak..” 
‘Merah pipi aku.. arghh malu nya..macam mana wani boleh teka ni..’
“Dah dah..lagi lama saya layan awak..lagi pening saya..” aku berlalu pergi meninggalkan Wani.Wani terbahak-bahak gelakkan aku..

   Lima tahun dekat sekolah ni kenapa nama Si Arsyad tu je yang ada dalam hati aku ni.Penat aku cuba buang perasaan tu, tapi tak berdaya. Dan lima tahun tu juga la Arsyad sekelas dengan aku.Macam mana nak buang perasaan tu kalau hari-hari jumpa dia dalam kelas.

Arshad atau gelarannya “Prince Charming Batch” seorang yang pendiam.Selalu dapat Top 3 setiap kali peperiksaan. Walaupun dia ni banyak peminat ,tapi dia tidak pernah layan sebab tu aku boleh terjatuh cintan dengan dia.Dalam kelas dia jarang cakap dengan perempuan ,mungkin sebab didikan agama dia kut..

“0oiiiii ! awak mengelamun teringatkan Arshad yew..??” sergah Wani..
“Mana ada ..awak ni..!! “
“awak Arshad tu macam suka kat awak la..”
“takkanlah dia nak suka kat saya..mustahil, banyak lagi yang come lote dalam batch kita..”
“mana tahu kalau ada jodoh…”
“mengarut la awak ni “ aku menampar paha Wani..dan berlari keluar dorm untuk menuju ke kelas.
“Sakit la !!! tunggu saya..”

     “Okey hari ni sya mahu kamu semua lakukan tugasan dalam kumpulan. Setiap kumpulan dua orang lelaki dan perempuan,semua beratur dan cabut undi di depan”kata Cikgu Anis.Semua orang beratur dan pergi mencabut undi ,tiba giliran aku ‘arghh takutnya..macam mana kalau kumpulan dengan orang malas,garang ke’. Aku mengambil kertas undi  tersebut.

Tangan aku terketar-ketar membuka kertas tersebut,tiba –tiba Arsyad berdiri didepan aku.
“Awak , awak satu kumpulan dengan saya..selamat berkerjasama “ Arsyad berkata. Terpempam aku, ‘macam mana nak buat tugasan cikgu bagi kalau aku satu kumpulan dia ni..setiap kali buat tugasan je aku ushar dia..bahaya ni..ermmm redha je la..’
“awak..0oo awak…!!” Arshad melambai-lambai tangan di muka aku.
“0oh..errr..arhh.. Selamat berkerjasama..” tergagap-gagap aku berhadapan dengan dia ni..malunya..aku kembali ke tempat duduk aku.
“Okay ,kamu semua dah ada  kumpulan masing-masing ,saya nak kamu semua berbincang untuk siapkan tugasan yang saya berikan. Minggu depan saya nak tugasan tersebut siap..faham ? “ terdengar suara Cikgu Anis memberi arahan.

Pada waktu prep malam Jumaat , aku sedang berbual dengan Wani dan rakan lain.Tiba-tiba terdengar  suara Arshad “ Qis saya nak cakap dengan awak sekejap” aku terkaku.. “ arrr..okey” aku membalas.Aku dan Arshad pergi ke belakang kelas .
“Qis ,esok awak free tak ? “
“kenapa”
“saya nak ajak awak bincang pasal tugasan Cikgu Anis tu”
“Ouh, Saya okey ja..Kita jumpa dekat pondok depan dewan boleh ?”
“arr..okey..pukul 10 ye..”
“okey”
Aku kembali ke tempat dudukku.Wani lantas berbisik di telinga aku
 “Arsyad minta couple ke ? “.
 ”Wani!!..dia ajak bincang pasal tugasan Cikgu Anis la..”


     Keesokan harinya, aku pergi berjumpa Arsyad bertemankan Wani. Sewaktu aku sampai di pondok,Arshad terlebih dahulu sampai sebelum aku.Arshad datang dengan kawan baiknya Zikqri yang satu kumpulan dengan Wani. Kami berempat duduk dipondok tersebut.Tiba-tiba Zikqri berkata” aku dengan Wani bincang dekat pondok sebelah la”  Arsyad menjawab “ouh okay”

Aku dan Arsyad memulakan perbincangan.Pada mulanya aku rasa kekok berkumpulan dengan Arshad, tapi akhirnya aku selesa berbual dengannya. Semua tanggapan negatif aku terhadap Arshad dibuang. Arshad tidak sombong macam aku sangkakan.
Selesai perbincangan  mengemas barang, Arshad bersuara

“awak saya nak cakap dengan awak sesuatu”
“cakaplah..”
“Sebenarnya..saya..saya..saya..”
“Saya tiada masa ni..kalau nak cakap ..cakap la cepat..”
“saya..saya..saya… sebenarnya.. suka awak”

HAH!! Betul ke pa yang aku dengar ni..Prince Charming Batch suka dekat.. aku biar betul..?apa aku nak cakap ni..boleh gila aku kalau macam ni

“aaaaaaa…saya tahu la awak nak cakap apa “
“saya tahu awak suka saya juga.. Wani beritahu..hehehe..sorry la  awak ,saya soal siasat Wani pasal awak “

Arrgghhhh..malunya..Wani  mati kau lepas ni.. malukan aku je..

“awak , sudi tak awak terima cinta saya.. saya tak minta awak couple dengan saya,lagipun couple tu haram, saya cuma minta awak terima cinta saya saja..”
“errrr…errrr…saya terima..tapi kita tumpukan SPM dulu ye..”
“okay.. sayang awak”

Aaaaaaaa…bahagianya ,orang yang aku selalu ushar selama ni suka aku juga.Siapa sangka Prince Charming Batch boleh suka aku.. Betul la kata wani “kalau ada jodoh”…..

   Selepas Arshad meluahkan perasaan dia, aku ,dia,Ziqkri dan Wani jadi kawan baik. Kalau nak pergi mana-mana , kami akan pergi berempat.Setiap petang kami buat ‘study group’ ya la kan nak SPM.Trial SPM sudah dua minggu berlalu. Ziqkri dan Wani masing-masing ada perasaan suka sama suka macam aku dan Arshad,tapi memikirkan masa depan,kami semua mengenepikan perasaan tu. SPM lebih penting !.

SPM bermula hari ini. Kami berempat telah melakukan persediaan secukupnya.Semoga kami dapat menjawab dengan dengan tenang..amin.!.
“Aisya Qistina ! Good Luck ..Buat elok elok.. Wani juga..” Arshad bertempik sebelum masuk ke dewan peperiksaan.Aku dan Wani melihat Arshad.
“Awak dan Ziqkri Good Luck juga..” balas aku.

SPM  berjalan selama tiga minggu .Alhamdullilah kami berempat dapat menjawab soalan dengan baik,berkat usaha kami bersama selama ini.

Akhirnya ,kami merdeka, SPM baru ja habis beberapa minit lalu..Arshad datang berjumpa aku setelah nampak aku keluar dari dewan peperiksaan.

“awak macam mana dengan hubungan kita ? kita tinggal berjauhan saya di Johor, awak di Perak . “
“ Saya cintakan awak dan awak cintakan saya..cukup itu , kalau jodoh tak kemana..”
“Saya janji nanti saya call awak ye..bye..salam.. jangan lupa saya.. “
“ok..saya takkan lupakan awak..”



    Berbekalkan result SPM 9A+, Qistina melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, selepas kecewa dengan  Arshad yang berjanji akan menelefonnya selepas SPM. Selepas habis SPM Qistina sentiasa menantikan panggilan telefon daripada Arshad tapi malangnya Arshad tidak pernah menunaikan janjinya untuk menelefon Qistina.

 ‘ahhhhhh.. akhirnya aku pulang juga ‘ aku bermonolog sendirian selepas  turun daripada kapal terbang. Lamanya aku tidak balik Malaysia , ni semua sebab kau Muhammad Irfan Arshad  . Kau buat aku takut untuk pulang ke Malaysia..sebab kau..

    “Qistina , kawan mama merisik Qistina untuk anak dia Irfan” kata mama terngiang-ngiang di telinga..

‘Aku nak terima ke tidak pinangan tu.Nak terima aku masih cintakan Arsyad tapi Arsyad sudah kecewakan aku. Argghh terima je la, mana ada cinta yang setia zaman sekarang ni..’

“mama Qis terima je la anak kawan mama tu..apa nama dia ..Irfan kot ..tapi dengan satu syarat  Qis tidak mahu jumpa Irfan tu sampai hari kahwin” beritahu aku pada mama..
“Alhamdullilah.. anak mama dah nak kahwin..mama ikut je kalau Qis tidak mahu jumpa Irfan tu”balas mama.

Tiba hari perkahwinan aku, hati aku berdebar-debar memikirkan siapakah bakal suami aku ..? macam-macam yang aku fikirkan .Tiba-tiba sepupu aku memberitahu bahawa pengantin lelaki sudah sampai.Bertambah lagi debaran hati aku.Sekarang tiba waktu yang paling aku takutkan ‘majlis membatalkan air sembahyang’ .

Aku menanti pengantin lelaki masuk ke bilikku. Aku terkaku saat terlihat pengantin lelaki itu “Arshad” nama itu terkeluar dari bibirku.Baru aku teringat nama penuh Arshad ‘IrfanArsyad’ Ya Allah .Arshad  mendekatiku lantas menyarung cincin ke jari aku,lalu aku menyalam Arsyad.Dia mencium dahi ku …lama.. “maafkan abang Qis..” Arsyad berkata. Saat itu airmataku menitis.Aku seperti tidak percaya apa yang berlaku sekarang.

Aku bahagia bersama Arshad sekarang.Arshad sebenarnya berpindah ke Amerika Syarikat selepas habis SPM dan dia hilang number telefon aku .Siapa sangka aku akan berkahwin dengan Arsyad.Walaupun kami pernah bercinta tapi kami terputus hubungan selama empat tahun.. Sesungguhnya jodoh di tangan Allah..


*sorry la klu silap bahasa ejaan..x best ke..
ni cerpen pertama saya buat....
sila beri komen...tq :)
PAST


_______________________________________

Holla !Salam..thanks for visit my site.. "SHN":)
Siti Hawa Najiha Md Rashid
______________________________________


Put your cbox code here.

_______________________________________





Basecode : Ana Min- Ji
Template : Sya Syahirah
Header : OneWifey
Tutorial : OneWifey
BestView : Google